Thursday, August 27, 2009

Salam Ramadan

Salam ramadan al mubarak pada semua umat islam di mana jua berada

KEGELISAHAN ITU MENGGANGGU JIWA DAN MINDA SECARA PSIKOLOGI

Senyuman seseorang Ibarat Cahaya dari matahari
Senyuman itu tidak memberatkan namun banyak memberi manfaat

Kata Orang :"Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan"
Tapi aku katakan : "Tersenyumlah cukuplah kepahitan itu di atas langit...."

Impak terburuk dari kegelisahan boleh menganggu konsentrasi.Oleh sebab itu ketika merasa gelisah dan sedih fikiran akan menjadi bercabang dan tidak dapat memfokus pada sesuatu pekara namun apabila diri telah ada persedian untuk menghadapi sesuatu kemungkinan yang buruk berlaku maka pemikiran kita terfokus pada perkara itu sahaja.Sebab itu di dalam apa jua keaadan kita sentiasa harus bersedia dari segi mental dan fisikal kerna psikologi memainkan peranan penting dalam diri manusia yang kadang kala kita tidak sedar.Apabila menghadapi sebarang masalah kita harus mengambil sikap yg positif think twicely guna sikologi jangan biarkan kegelisahan berada dalam diri dan pemikiran kita jika ini terjadi ia akan mengoyangkan keputusan yang bakal kita buat sebab akal di bebani oleh 2 genggaman yang berbeda sebagai ganti dari di bebani oleh satu gengaman.Genggaman yang lebih kuat terjadi pada masa yang lalu akan mengalahkan genggaman pada masa kini yang lebih ringan.Pada masa itu terpikir bahawa tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari krisis dimasa yang lalu walaupun demikian laluilah dengan berjaya bila telah mampu melalui krisis tersebut dengan selamat tak perlu lah kuatir untuk menghadapi krisis yang terjadi di saat ini kerna lebih mudah dan ringan bahayanya.Secara sikologinya kegelisahan akan mengganggu apabila ada waktu luang kita tanpa sebarang perkerjaan kerana illusi pada ketika itu menghimpun dan membolak balikkan segala macam kemungkinan.Untuk mengelak dari ini semua terjadi sibukan diri anda dengan kerja,zikir dan ingat sentiasa pada Allah.

KUNCI MERAIH KEJAYAAN

  • Kunci kemuliaan adalah taat kepada allah dan rasulnya
  • Kunci rezeki adalah berusaha di sertai dengan istigfar dan ketaqwaan
  • Kunci syurga adalah mengesakan Allah (Tauhid)
  • Kunci iman adalah merenung ayat2 allah dan tanda2 kebesaran yang ada pada makhluknya2
  • Kunci kebaikan adalah kejujuran
  • Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa
  • Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik
  • Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar
  • Kunci kebahgiaan adalah takwa
  • Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur
  • Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi
  • Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah adalh berdoa