Saturday, November 7, 2009

Renunglah Kearah Hadapan

Ingatlah bahawa kehidupan hanya beberapa minit bahkan hanya beberapa detik dan jadilah seperti seekor semut dalam kesungguhan ketekunan dan kesabaran cuba dan teruslah mencuba bertaubat lah bila melakukan dosa dan kembalilah kepada pintu taubat hafal kan kembali alquran jika telah lupa kembalilah mengingati untuk kedua kalinya dan ketiga kalinya...bahkan untuk kesepuluh kalinya dan yang penting kita tidak merasa gagal dan kecewa kerana sesungguhnya sejarah tidak pernah mengenal kata-kata terakhir dan akal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali tetapi yang dikenal hanyalah usaha dan pembaikan sesungguhnya umur itu sama seperti jasmani ia boleh saja di ubah dengan melakukan operasi kecantikan sesungguhnya juga umur itu seperti banggunan ia di di runtuh dan di bangun kan kembali dengan reka bentuk baru dan cat yang baru tetapi berhati-hatilah dan jauhi pengaruh pemikiran yang gagal dan tidak berdaya hitung dan renungi dari dalam diri dan hati kita risiko tentang sakit musibah dan ujian yang memberatkan cara yang terbaik pedengarkan lah bacaan merdu kitabullah semoga satu ayat saja dapat mengetarkan jiwa dan masuk kedalam hati kita menyentuh kalbu dengan demikian bila kita bersamanya akan datang hidayah dan cahaya bersamanya juga akan hilang rasa putus asa keraguan kecurigaan dan kekhuatiran yang selama ini ada dalam diri kita sama ada kita sedar atau kita tak sedar akan kehadiran perasaan-perasaan itu Ubat yang sebenarnya terdapat dalam wahyu dan alquran mahupun al sunnah kesenangan berada dalam iman penyejuk hati kita berada dalam solat keselamatan kalbu berada dalam sikap redha dan keteduhan perasaan berada dalam sifat qana'ah sesungguhnya kecantikan wajah berada dalam senyuman terpeliharanya kehormatan wanita berada dalam hijab dan ketenangan hati terletak pada zikir

Monday, November 2, 2009

Pandang pada Pemandangan

Cantiknya bintang-bintang di langit....tersangatlah indah sehingga menarik hati tapi keindahan selalu berubah dengan beraneka macam warna pada waktu yang berbeza-beza.Itulah indahnya ciptaan yang maha kuasa...keindahan di pagi hari berbeza dengan keindahan di waktu maghrib.Keindahan waktu terbitnya mentari dan terbenamnya mentari.Keindahan malam purnama berbeza dengan keindahan malam tanpa cahaya rembulan.keindahan langit cerah berbeza dengan keindahan langit yang di liputi awan.Bahkan keindahan itu berbeza setiap waktu pandanglah pemandangan yang indah itu dari sudut dan persepsi yang berbeza begitu juga dengan kita melihat dan menilai kebaikan dan keburukan seseorang di muka bumi ini ALLAH itu universal mencipta merubah sesuatu kejahatan kepada kebaikan begitulah di sebaliknya harus kita renungi segala keindahan,kerosakan,kebaikan dan kejahatan jangan menilai dengan sekali pandang.Bintang yang kelihatan menyendiri nun jauh di sana bagaikan mata yang indah berkilauan memancarkan kecintaan dan seruan.Dua bintang yang berbeza seolah saling bersahutan kelompok bintang-bintang bertebaran bagaikan satu kumpulan yang sedang berdiskusi nun jauh di cakrawala langit.Rembulan mula muncul dari kecil sehingga lah membesar memancarkan cahayanya nan indah sehinggalah ia mengecil dan tidak muncul lagi.Manusia tidak pernah merasa bosan memandang pemandangan ciptaan ALLAH yang keindahannya tiada terkata tanpa penghujungnya.Akan tetapi manusia kadang kala alpa tidak memikir dan tidak mengambarkan keindahan dan kebahagiaan kenikmatan yang mereka perolehi dengan untaian kata-kata dan doa syukurnya tentang nilai kebahagian,keindahan kenikmatan oleh itu nilai setiap pemandangan yang kita pandang itu harus lah di serta dengan renungan