Saturday, July 18, 2009

Lakukan kebaikan atas dasar cinta dan kasih sayang

Jangan bersedih kalaupun hidup ini hanya sesaat dan di dunia ini lah kesempatan bersiap bagi datangnya keabadian hidup dan cinta maka selayaknya yang terbaiklah yang pantas kita lakukan.Laksanalah kebaikan itu dengan memberi hadiah yang terbaik untuk mereka yang kita cintai.Ketulusan cinta dan kasih sayang adalah satu bentuk kekuatan kebaikan yang bersifat abadi.Berikan dulu apa yang boleh kita berikan bagi setiap orang tanpa mengharapkan mendapat balasan kembali dari mereka kerana kita berikan atas dasar kasih sayang dan cinta.....

hadiah bagi orang tua adalah rasa terima kasih dan bakti nyata
kerana lantaran merekalah kita boleh hidup dengan penuh rasa cinta kasih
hadiah bagi pasangan adalah cinta dan kesetiaan
kerana bagaimanapun allah telah menciptakan manusia dan menjadikannya hidup dalam pasangannya masing-masing dan selayaknya cinta dan kesetiaan saling berjalan beriringan
hadiah bagi seorang anak adalah keteladanan yang baik
kerana kita mesti menerima dan mencintai mereka (anak2) dalam keadaan seperti yang diberikan allah kepada kita
hadiah bagi seorang teman adalah kesetiakawanan tanpa berbelah bagi kerana satu-satunya cara untuk mendapatkan sahabat adalah dengan menjadi sahabat
hadiah bagi fakir miskin adalah kepedulian untuk berbagi kerana kita dilahirkan untuk mencintai sesama itulah prinsip keberadaan kita di dunia ini dan merupakan satu-satunya tujuan kita
hadiah bagi alam adalah menjaga dan merawat keindahannya kerana kita dilahirkan untuk bersahabat dengan alam dimana pun kita berada
dan hadiah bagi diri sendiri adalah cermin jiwa agar sentiasa mengkoleksi apa yang lebih dan kurang pada diri ini hargailah diri sendiri sebagaimana kita menghargai orang tua,saudara,pasangan,anak,teman,fakir miskin dan alam semesta.

garis hidup manusia telah jelas menandai bahwa kekuatan kita di dunia kan berkurang tetapi cinta di hati kita adalah kekuatan yang akan selalu bertambah kerana cinta telah membukakan tempat penampungan harta berharga allah yang tak terbatas siapa pun yang mencintai tak dapat mencegah dirinya untuk memberi dan memberi adalah memperoleh begitulah hukum cinta yang hidup mengalir sedemikian rupa dengan ketetapan dan ketentuan yang penuh keseimbangan.

0 comments: