Saturday, November 7, 2009

Renunglah Kearah Hadapan

Ingatlah bahawa kehidupan hanya beberapa minit bahkan hanya beberapa detik dan jadilah seperti seekor semut dalam kesungguhan ketekunan dan kesabaran cuba dan teruslah mencuba bertaubat lah bila melakukan dosa dan kembalilah kepada pintu taubat hafal kan kembali alquran jika telah lupa kembalilah mengingati untuk kedua kalinya dan ketiga kalinya...bahkan untuk kesepuluh kalinya dan yang penting kita tidak merasa gagal dan kecewa kerana sesungguhnya sejarah tidak pernah mengenal kata-kata terakhir dan akal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali tetapi yang dikenal hanyalah usaha dan pembaikan sesungguhnya umur itu sama seperti jasmani ia boleh saja di ubah dengan melakukan operasi kecantikan sesungguhnya juga umur itu seperti banggunan ia di di runtuh dan di bangun kan kembali dengan reka bentuk baru dan cat yang baru tetapi berhati-hatilah dan jauhi pengaruh pemikiran yang gagal dan tidak berdaya hitung dan renungi dari dalam diri dan hati kita risiko tentang sakit musibah dan ujian yang memberatkan cara yang terbaik pedengarkan lah bacaan merdu kitabullah semoga satu ayat saja dapat mengetarkan jiwa dan masuk kedalam hati kita menyentuh kalbu dengan demikian bila kita bersamanya akan datang hidayah dan cahaya bersamanya juga akan hilang rasa putus asa keraguan kecurigaan dan kekhuatiran yang selama ini ada dalam diri kita sama ada kita sedar atau kita tak sedar akan kehadiran perasaan-perasaan itu Ubat yang sebenarnya terdapat dalam wahyu dan alquran mahupun al sunnah kesenangan berada dalam iman penyejuk hati kita berada dalam solat keselamatan kalbu berada dalam sikap redha dan keteduhan perasaan berada dalam sifat qana'ah sesungguhnya kecantikan wajah berada dalam senyuman terpeliharanya kehormatan wanita berada dalam hijab dan ketenangan hati terletak pada zikir

0 comments: