Thursday, May 28, 2009

APA LELAKI MAHU DARIPADA WANITA


1.A GOOD WOMAN
Lelaki selalunya tahu bagaimana mengenali seorang wanita sama ada dia seorang yang baik atau sebaliknya sewaktu pertama kali mereka bertemu.Wanita yang baik bagi lelaki adalah mereka yang tidak bebas bergaul ,tidak terlalu berpesta dan tidak berdandan berlebihan.Dn wanita itu juga tahu menghargai lelaki serta mampu merubah mereka tampak lebih sempurna dan wanita yang baik itu juga boleh di percayai jujur dan boleh jadi teman setia
2.PERWATAKAN YANG MENARIK
Penampilan diri juga penting bagi wanita mereka harus tampak cantik menarik dan menawan tak perlu berdandan berlebihan cukuplah sekadar memakai pakaian yang tidak menjolok mata serta menutup aurat.Berbudi bahasa dan bersopan santun
3.PANDAI MEMBAWA DIRI DAN BERDIKARI
Lelaki sebenarnya tidak menyukai wanita yang mudah berputus asa suka mengatur hidup mereka,cemburu,tidak pandai berdikari dan suka bergantung pada orang lain.Sebaliknya mereka menyukai wanita yang pandai membawa diri dan berdikari.Bagi mereka wanita sebegini mudah menyesuaikan diri dan bijak mengawal situasi walau dimana berada.
4.MENGHARGAI KESENANGAN DALAM HIDUP
Mungkin ramai wanita di luar sana yang masih tidak mengetahui bahawa wanita yang bahagia menikmati hidup dan menghargai pasangannya adalah wanita yang berpontensi disukai lelaki.Wanita seperti ini bagi lelaki adalah seorang yang sederhana tetapi punya ciri-ciri wanita sempurna untuk di buat suri hidupnya.
YANG DI SUKAI LELAKI
  • Memilki budi pekerti dan bersopan santun
  • Kelakar
  • Pandai memasak
  • Pandai bergaya menyerlah keanggunan
  • Penampilan cantik tapi menutup aurat
  • Wanita yang dapat menjalinkan hubungan yang rapat dengan ibu,bapa dan keluarga
  • Berwawasan dan bercita-cita tinggi
  • Tahu jaga maruah diri
  • Sukakan kanak-kanak dan bersifat keibuan
  • Sentiasa memberi sokongan moral dan tidak memperkecilkan kelemahan lelaki
YANG TIDAK DISUKAI LELAKI
  1. Wanita yang sombong dan bongkak
  2. Suka mengumpat
  3. Menghisap rokok
  4. Suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
  5. Seorang yang hipokrit
  6. Suka berbohong dan mencari alasan
  7. Kuat merajuk dan sukar di pujuk
  8. Terlalu pendiam dan sukar di ajak berbincang dan berkomunikasi
  9. Tidak tahu masak dan boros berbelanja
  10. Selekeh,panas baran dan suka mengungkit pekara yang telah lalu

0 comments: