Sunday, May 24, 2009

Payung Emas.....

Nur Alia dan Imran telah lama mendirikan rumahtangga hidup mereka aman bahagia berkawin atas dasar cinta sama cinta semasa di university lagi.Dengan restu kedua belah pihak meraka di satukan namun di sangkakan panas rupanya hujan si sepanjang jalan…….
Suatu hari Imran memberitahu pada isteri tercinta yang dia ingin berkahwin lagi.Terkedu Nur Alia mendengar apa yg di katakana oleh Imran patah luluh hatinya orang yang sangat di cintai sudah tidak mencintainya lagi.Bermacam-macam bermain di benak hati dan fikirannya tidak di sangka ambil begini jadinya dulu susah senangnya Imran mereka bersama-sama menghadapinya apakah ini balasan yang harus di terima?Berbaloikah pergorbanannya selama ini?Ahhh mengapa ini harus terjadi padaku?Apakah kurangnya aku?Tidak cantek kah aku?Sudah jemukah dia pada aku?Setelah mengumpul segala kekuatan Nur Alia pun mula mengatur bicaranya……
“Abang mengapa sanggup menduakan Nur?Tidak cukupkah dengan pengorbanan Nur apa abang selama ini?Tidak bahagiakah hidup kita dengan anak-anak?Mengapa mesti mencari yang lain?sambil beresak tangis sendu dan gundah Nur mengaturkan bicaranya…..
“Maafkan abang Nur bukan niat abang untuk menduakan Nur tapi hati ini telah jatuh cinta lagi…terputus-putus Imran mengaturkan bicara….Abang bahagia bersama Nur dan anak-anak pengorbanan Nur mana mungkin abg lupakan tetap susah senang kita abg ingat sampai keakhir hayat…abg tetap sayangkan Nur cinta abg tidak pernah pudar terhadap Nur kasih abg pada Nur tetap tidak pernah berubah sampai bila-bila……
“Abang tipu!!!!!pada Nur sebenarnya abg sudah tiada cinta lagi yang ada pada abg hanya rasa serba salah dan kasihan sampai hati abg berbohong pada diri Nur…
“Nur….jangan begitu saying abg tetap cinta kan Nur tapi apakan daya allah telah menemu kan abg dengan gadis ini dan entah macam mana perasaan cinta itu datang….abg tidak dapat melupakannya begitu juga dengan Nur abg tidak dapat kehilangan mu sayang….
Nur hanya menahan kemarahan dia sudah tidak dapat berkata apa-apa lagi terlalu sedih dan terluka hatinya dengan kenyataan Imran satu-satunya lelaki yang dicintai dikasihi sudahlah terpaksa berkongsi kasih ayah,ibu,adik,kakak sekarang terpaksa berkongsi suami tercinta dengan orang lain…nak menghalang dalam islam sudah berkata lelaki boleh berpoligami jika mampu dari zahir dan batin tidak pula di nyatakan tidak boleh berkongsi kasih sayang pasrahlah Nur dengan apa yang terjadi…..akhirnya Nur bersuara”baiklah jika itu kehendak abg jumpakan gadis tu dengan Nur dahulu….
Imran akur dengan kehendak isteri tercintanya…..”Oooooo…ini rupanya perempuan yang nak merampas suami aku tu ye dah tak da jantan lain yang kau nak cinta?Dengan laki orang juga yang kau nak….dengan marah dan geram Nur berkata pada Khadijah gadis yang telah menambat hati suaminya….
“Nur…jangan begitu sayang abg sayang kan Nur sama juga abg sayangkan Khadijah…kata Imran
“Kakak….maafkan Dijah bukan niat untuk merampas abg Imran dari kakak tapi Cuma untuk menumpang kasih…dan sayang bukankah dalam Islam kita berkongsi Allah,Nabi,Kiblat yang sama….Dijah paham perasaan kakak kasihanilah abg Imran kak….Dijah mohon maaf pada kakak entah bila rasa cinta ini berputik tapi ia terjadi secara tak sengaja…..maafkan Dijah….tutur lembut Dijah pada Nur Alia……ahhh perasan budak nie mula la tu nak tunjuk baik konon menyampah aku.
Nur Alia member kata dua pada Imran…”Sekarang abg pilih Nur atau khadijah?Kalau abg pilih Khadijah tinggal kan Nur.terkedu Imran dengan tindakan isteri nya….
“Nur …abg syg dan cintakan Nur begitu juga dengan Khadijah tolonglah abg Nur janganlah bersikap begini abg dalam di lema….kasihanilah abg sayang…..
Setelah memikir akhirnya Nur akur dengan kehendak Imran dengan persetujuannya dengan syarat mereka duduk di rumah berasingan akhirnya Imran dan Khadijah di satukan semasa perkahwinan mereka Nur membawa diri dengan hati yang duka dan lara Ya allah mengapa la ini terjadi pada diriku tidak cukupkah apa yang telah aku korban kan selama ini suami yang ku cintai sudah tidak mencintai ku lagi….merenung dirinya dalam-dalam Nur mengambil keputusan…..“Abang….Nur minta abg lepaskan Nur dan Nur belajar untuk menerima kenyataan yang abg sudah tidak sayang dan cintakan Nur lagi biarlah Nur keluar dari rumah ini yang banyak menyimpan kenangan Nur dan abg susah senang kita selama ini…..Nur dah tak sanggup menghadapi semua ini"….tutur Nur pada Imran dengan tenang.

"Nur apakah tidak kasihani dengan anak-anak?Abang tetap menyayangi dan mencintai Nur dengan sepenuh hati abg...terasa sebak Imran sudah mengalir airmata jantannya...apakah Nur akan terus melupakan abang?..
Ahhh...airmata hanya untuk simpati..kata-kata hanya rasa bersalah bersarang di hati rungut Nur Alia..di dalam hati dengan berlalu pergi walau Imran mengenggam erat tangannya.....
------------------------------------------------------------------------------------
Betapa sukarnya daku mengharungi hidup ini.Apakah aku terlalu tamak untuk tidak mahu berkongsi kasih suami dengan orang lain.Dialah yang pertama ku cinta dan mencintai kerana Allah....ya kah aku mencintainya kerana allah sedangkan aku tidak mahu berkongsi kasih yang mana sah di dalam islam....oh...tuhan betapa beratnya dugaan yang kau berikan padaku..sedih dan pedih yang hanya mampu ku ratapi......"ya allah ampuni lah dosa-dosaku yang hanya mementingkan diri sendiri...."wahai suami ku yang kucintai maafkan lah diri ini kerna aku tidak seteguh isteri-isteri rasul dalam berpoligami.....susahnya untuk mendapat payung emas untuk meneruskan jalan ke syurga.......

0 comments: